Header Ads

Jangan kedekut...

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah. 

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezeki yang Allah beri pada kita. ..



Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. ....

Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. 🐈

Kadang-kadang kucing bawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! 

Dia bukan ambil semua, seekor saja. ! 
Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal. 

Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. Muhasabahlah diri kita. 

Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki, panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, selalulah kita beri makan pada binatang. ..🐈

Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah. 🐈

UAI

No comments

Powered by Blogger.