Header Ads

MAKANAN SUNNAH KEGEMARAN RASULULLAH SAW

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah: 172)
“Anda apa yang anda makan”. Itu merupakan kata-kata yang sering kita dengar mengenai kesihatan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan atau diet yang baik. Diet yang baik sememangnya merangkumi setiap zat dalam kelas piramid makanan. Tetapi, kadangkala kita sering terleka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang kita ambil dalam kehidupan harian.
Makanan terbaik adalah makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ï·º. Baginda senantiasa mengambil makanan yang terbaik untuk diri Baginda, keluarga dan sahabat Baginda. Terdapat pelbagai jenis makanan yang baik untuk badan kita yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ï·º. Ianya makanan sunnah. Makanan sunnah sememangnya memberi banyak khasiat dan kebaikan kepada kita dan akan mengekalkan diri kita dari mempunyai penyakit.

No comments

Powered by Blogger.