Header Ads

Boleh ke orang Fasiq jadi Imam Solat?

Siapa yang dikatakan Fasiq?

Fasiq bererti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang mengaku beragama Islam akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan

Antara ciri orang fasiq ialah  Tidak berhukum dengan hukum Allah

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُون

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (al-Maidah: 47)

 Boleh ke mereka jadi Imam solat?

Menurut syeikh Ibn Taimiyyah rhm dalam majmu' Fataawa beliau menukilkan;

Para Imam-imam Mazhab bersependapat bahawa adalah tidak disukai (makruh) bersolat dibelakang orang yang Fasik, akan tetapi mereka berbeza pendapat mengenai kesahihan solat tersebut. Ada yang berkata : TIDAK SAH, sebagaimana qaul Malik dan Ahmad didalam salah satu dari dua riwayat mereka. Ada yang berkata SAH, sebagaimana qaul Abu Hanifah dan al-Syafie, dan riwayat yang lain dari mereka berdua (Malik dan Ahmad). Akan tetapi mereka bersetuju mengenai hakikat orang yang sedemikan tidak boleh di lantik (menjadi Imam)” [Majmu’ Fataawa , 23/358]

Kesimpulan

Pendapat Imam As- syafei dan Abu Hanifah rhm - Berimamkan mereka hukum solatnya tetap SAH akan tetapi Makruh(dibenci). 

Manakala pendapat Imam Malik dan Ahmad rhm- Solat dibelakang orang fasiq TIDAK SAH

Saya masih ingat Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang pernah menyebut permasalahan ini. Beliau mengatakan bahawa Solat itu sah. Ukurannya terletak pada afdhal dan tidak afdhal sahaja. Imam yang tidak Fasiq maka itu lebih afdhal danbegitulah sebaliknya..

Wallahu 'alam.

No comments

Powered by Blogger.