Header Ads

(VIDEO) Kemalangan LRT laluan Kelana Jaya berhampiran stesen KLCC

 

العلياء للسياحه والسفر: source : Twitter @AlaliaTours









sumber gambar dan video : Twitter (#LrtKelanaJaya)

KUALA LUMPUR: Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini.
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden kira-kira jam 9 malam.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
"Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam ciapan di Twitter AskRapidKL, dimaklumkan semua penumpang yang cedera sudah dibawa keluar dari tren yang terbabit dan usaha membantu serta menyelamat sedang dijalankan.
Ciapan itu juga menyebut, pengangkutan alternatif akan disediakan selain keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.
Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsi di media sosial, terdapat beberapa penumpang dilihat terduduk sambil menutup bahagian tubuh yang cedera dengan ada antara mereka dilihat berdarah.
sumber: Astro Awani dan Twitter











No comments

Powered by Blogger.