Header Ads

Sidang media bersama Ismail Sabri, Dr Noor Hisham petang ini

 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Satu sidang media bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan diadakan pada jam 5 petang ini.


Sidang media berkenaan antara lain dijangka mengumumkan mengenai penambahan prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan ketika ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini, yang kini melebihi 6,000 angka.


Agensi berita BERNAMA dalam media sosial hari ini berkata, sidang media itu akan disiarkan secara langsung melalui Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB dan Youtube Bernama TV.


Semalam, Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan media, berkata Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 petang semalam sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.


Beliau berkata, perincian mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Keselamatan hari ini.

No comments

Powered by Blogger.