Header Ads

(VIDEO)Penuh Kereta Kat Toll, Sekali Catriona Ross ‘Sekolahkan’ Rakyat Malaysia Nak ‘L0ckdown’ Di Kampung

 


PELAKON Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.

Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.

“Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

“Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak.

“Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan geram atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockdown bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdesak mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kesal sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran polis untuk tujuan itu.

“Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu… tapi yang jadi persoalan saya M4ti ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

“Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang bersesak nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi ‘carrier’ Cov1d-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simptom.

“Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu,” ujarnya.


No comments

Powered by Blogger.