Header Ads

(VIDEO) Allahuakbar! Seriau dengar cerita kulit dahi mangsa tren LRT terbelah sampai nampak tempurung!


KULIT dahi terkoyak hingga menutup bahagian mata kiri, demikian menurut salah seorang mangsa pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC pada Isnin lalu.


Cerita Siti Nuraliah Hashim, 24, dia tidak menyedari apa yang terjadi kerana kejadian ngeri berkenaan berlaku sekelip mata sebaik sahaja melangkah masuk ke LRT di Stesen KLCC.


“Saya tak tahu sangat apa yang terjadi, sebab masa tu saya pengsan, ada seorang abang ni bantu saya.


“Apabila saya sedar, mata kiri tak nampak kerana banyak darah.


“Kulit dahi saya terkoyak sehingga menutup mata sebelah kiri, ” katanya kepada mStar.

Sumber: Mstar

No comments

Powered by Blogger.