Header Ads

Konflik Palestin-Israel: Tel Aviv dilanda banjir, Zionis tunda serangan

 


TEL AVIV – Bandar utama Israel, Tel Aviv kini dilanda banjir akibat hujan lebat sehingga menyebabkan operasi serangan darat ke atas Semenanjung Gaza terpaksa dihentikan, lapor laman berita Latest LY hari ini.

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan melalui jalan-jalan yang dinaiki air banjir yang dikatakan turut melanda bandar Herzliya.

Sebelum ini, akhbar New York Times dan media Israel melaporkan bahawa serangan darat yang dirancang ke atas Semenanjung Gaza, yang pada mulanya ditetapkan pada hujung minggu, menghadapi kelewatan beberapa hari kerana faktor termasuk ‘cuaca mendung’, lapor laman berita Roya News.

Menurut New York Times, keadaan mendung akan menimbulkan cabaran bagi juruterbang askar Zionis dan pengendali dron dalam menyediakan sokongan udara untuk pasukan darat Israel.

Bagaimanapun, artikel tersebut di laman berita  Jerusalem Post telah diturunkan sejam selepas  ia diterbitkan. – AGENSI 

No comments

Powered by Blogger.