4 wakil rakyat DAP keluar parti
Tindakan itu diambil kerana berasa matlamat dan objektif DAP kini sudah lari daripada matlamat asalnya.
MELAKA: Empat pemimpin negeri DAP memutuskan keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan.
Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
ADUN Bachang Lim Jack Wong (kiri), Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San (tiga dari kiri), dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong |
“Saya juga tidak boleh menerima dengan politik yang DAP ambil,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.
Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.
Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.
Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain.
FMT
FMT
Post a Comment