Header Ads

Zaid Ibrahim sertai DAP?

PETALING JAYA:  Mantan Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim dilaporkan sekali lagi “terjun” secara langsung dalam politik pembangkang dengan menyertai DAP.
Tindakan itu diambil enam tahun selepas beliau keluar daripada PKR dalam penuh kontrovesi dan menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) yang kemudian turut dilanda pelbagai masalah dalaman.
Bekas pemimpin Umno dan Ahli Parlimen Kota Bahru itu enggan mengesahkan kemasukannya dalam DAP namun berkata satu pengumuman akan dibuat pada Selasa depan, lapor Malaysiakini.
Pengumuman itu akan dibuat pada majlis yang bakal dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin utama DAP.
Sumber-sumber DAP mengesahkan Zaid sudah pun memohon memasuki parti itu yang sebelum ini kehilangan beberapa pemimpin Melayu.
Kemasukan Zaid dalam parti itu dilihat bertujuan menghakis tanggapan umum bahawa DAP terlampau berteraskan kaum Cina dan tidak memberi ruang kepada ahli Melayu.
Bagi Zaid, kemasukan beliau di dalam DAP membuka ruang untuk diberikan kerusi yang “selamat” untuk bertanding pada pilihan raya umum ke 14.
Setelah meninggalkan Umno, Zaid menyertai PKR pada tahun 2009 dan diberi peluang oleh parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor kurang setahun kemudian.
Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk P.Kamalanathan.
Zaid kemudian bertindak keluar daripada PKR selepas mendakwa mengkritik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali secara terbuka.
Beliau turut mendakwa pemilihan PKR tidak telus dan sarat dengan penipuan.
Pada Disember 2010, Zaid menubuhkan Kita namu parti pembangkang itu gagal menunjukkan sebarang impak dan dibelit dengan perbalahan dalaman.

Antarapos

No comments

Powered by Blogger.