Header Ads

Kilang bebola ikan ‘Kak Su’ kena serbu, diarah tutup 14 hari

ALOR SETAR, 8 Jamadilawal 1438H, Ahad – Kilang bebola ikan milik bukan Islam yang mengeluarkan produk menggunakan nama Melayu dan tiada Sijil Halal, diserbu petang tadi.
Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPDNKK) turut disertai Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan dan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Kedah.
Dalam serbuan jam 2 petang tadi, 204 paket bebola ikan dirampas di kilang yang terletak di Jalan Gangsa, Mergong, selain diarah tutup selama 14 hari.
Ismaweb.net hari ini menyiarkan berita mengenai operasi kilang itu yang menggunakan dua label nama bagi satu produk bebola ikan, hingga mengelirukan umat Islam.
Berdasarkan label bungkusan bebola ikan jenama Kak Su, ianya sama seperti bungkusan bebola ikan yang dikeluarkan Hong Seng Fish Product Sdn Bhd.
Siasatan dijalankan mengikut Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.
Jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu denda maksimum RM100,000 bagi pertubuhan dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan.
Kilang itu dikatakan beroperasi sejak lapan tahun lalu. Bebola ikan itu dipasarkan sekitar Kedah dan Perlis mengikut permintaan serta tidak mempunyai tanda halal kerana pihak pengilang tidak pernah memohonnya.

Ismaweb

No comments

Powered by Blogger.